Sunday, June 8, 2014

Tadabbur Surah Yusof [PART 1]

Bismillahirrahmanirrahim

     Di dalam Al-Quran, sepertiga kandungannya adalah sejarah. Sejarah itu pula dibentangkan dalam bentuk dialog. Ia merakamkan kenyataan asal yang keluar dari mulut watak-watak berkenaan.

     Jom dengar, hayati dan fahami rakaman-rakaman suara itu. Ia adalah "kotak hitam" yang tidak akan musnah. Allah sendiri yang merakamkan cerita manusia-manusia ribuan tahun dahulu dan dimainkan semula rakaman itu untuk kita mengetahui punca-punca manusia memilih iman atau sebaliknya.

InsyaAllah, entry pada kali ini akan menyentuh sedikit pengenalan tentang Surah Yusof.




KENAPA SURAH YUSOF?

Surah Yusof merupakan surah Makkiyyah iaitu surah yang diwahyukan atau diturunkan kepada Rasulullah sebelum berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah. Surah ini mengandungi 111 ayat. 

     InsyaAllah, di dalam surah Yusof, kita akan mendapati di dalamnya terkandung motivasi hebat buat diri seorang mahasiswa, pemimpin persatuan dan semua lapisan masyarakat.

     Selain itu, kita akan mendapati bahawasanya sesuatu perkara akan bermula dengan kepercayaan. Sehinggakan, jika kita hendak mengubah seseorang kita harus mengubah kepercayaannya dahulu.

   Dan yang paling penting, surah Yusof bukan untuk kecantikan luaran semata-mata. Bukan perlu dibaca kepada anak-anak atau bayi yang berada di dalam kandungan untuk mendapat wajah yang cantik sahaja. 

Tidak ada satu ayat pun yang menyentuh tentang "ke'handsome'an" wajah nabi Yusof secara "direct".

     Surah Yusof adalah untuk kecantikan dalaman, seperti menjauhkan diri daripada sifat berdendam, matang dalam memberi atau memilih respon yang baik jika berhadapan dengan permasalahan.

SALAH SATU SURAH YANG UNIK DI DALAM AL-QURAN

Dalam konteks wahyu, surah ini paling hampir dengan surah Taha. Atas alasan :

Kaum Yahudi menyuruh orang kafir Quraisy untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Rasululullah untuk memastikan kebenaran ajaran atau wahyu yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya :

1- Kenapa kaum Bani Israel [Nabi Yaa'qub dan anak-anaknya]  berpindah daripada Palestin ke Mesir? [Diceritakan di dalam Surah yusof]
2- Kenapa kaum Bani Israel berpindah daripada Mesir ke Palestin? [Diceritakan lebih lanjut di dalam surah Taha, berkenaan Nabi Musa a.s.
3- Nabi manakah yang hidup sebelum Rasulullah yang buta dan mempunyai ramai anak? [Surah Yusof menerangkan tentang perkara ini]

     86 % daripada ayat di dalam surah Yusof berbentuk dialog yang menjadikannya lebih seronok dibaca berbanding denga ayat naratif. Percayalah! Anda pasti akan mempunyai "perasaan" yang berbeza bila membaca ayat dialog dan ayat naratif.



Mafhumnya : Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

     Secara keseluruhannya, kesemua surah di dalam Al-Quran mempunyai penceritaannya sendiri. Baik daripada sudut cerita-cerita kaum terdahulu, cerita nabi-nabi dan rasul-rasul, pensyariatan hukum, motivasi diri dan banyak lagi. Galilah ilmu Allah yang sedikit ini agar dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Jadilah orang-orang yang mempunyai akal fikiran. :)

 Dan ingatlah, Allah bukan novelis, bahkan Allah Maha Benar atas segalanya.

Wallahua'lam.



     

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...